Pendaftaran
Januari 2025
FOOD INSTITUTE of MALAYSIA (FIM)
PENERAJU KURSUS KULINARI, PERKHIDMATAN MAKANAN & HOSPITALITI
Institut Makanan Malaysia atau Food Institute of Malaysia (FIM) telah ditubuhkan pada Januari 1998 dengan matlamat untuk melatih pelajar menjadi profesional dalam industri makanan. Sehingga kini, FIM telah berjaya melahirkankan ribuan graduan dalam bidang kulinari, pastri & bakeri, perkhidmatan makanan serta hotel dan pelancongan.
Program diploma yang ditawarkan di FIM telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain daripada program diploma, FIM turut menawarkan program jangka pendek serta kursus-kursus lain yang berkaitan dengan industri makanan. FIM juga merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kursus Diploma
FIM menawarkan lima (5) bidang pengajian iaitu Seni Kulinari, Pastri & Bakeri, Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Pengurusan Perhotelan dan Pengurusan Pelancongan.
Kursus Jangka Pendek
Antara kursus jangka pendek yang ditawarkan di FIM ialah Sijil Kehadiran Masakan Barat, Sijil Masakan Melayu, Sijil Pastri & Bakeri serta Sijil Penyeliaan Perkhidmatan Makanan.
Selain itu, FIM juga menawarkan Kursus Pengendali Makanan yang diwajibkan kepada semua pengendali makanan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

VISI
“Menjadi institusi pengajian hospitaliti bertaraf global untuk semua.”
MISI
“Menghasilkan graduan profesional yang berkemahiran, berkeusahawanan dan beretika berlandaskan nilai-nilai murni untuk masyarakat dan negara serta dapat bersaing secara global.”