Bantuan Kewangan

“Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.“ (Sumber: Laman web PTPTN)

Bantuan Kewangan

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, kami membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.” (Sumber: Laman web KWSP)

Para pelajar/ibu/bapa boleh membuat pengeluaran dari simpanan KWSP (Akaun 2) untuk pembayaran yuran. Sebarang kelulusan tertakluk kepada terma dan syarat pihak KWSP.

Bantuan Kewangan

“Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.. – (Sumber: Laman web MARA)”.

Pelajar boleh memohon pinjaman pengajian dari MARA mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak MARA.

Bantuan Kewangan

“Dari segi Baitulmal adalah bentuk institusi kewangan dan pengurusan harta benda dalam Islam yang menguruskan pelbagai sumber pendapatan seperti dana zakat, harta wakaf, cukai (kharaj dan jizyah) dan sumber-sumber lain yang dikumpulkan dan digunakan untuk kepentingan masyarakat dan negara.” (Sumber: Laman web MAIS)

Baitulmal menawarkan bantuan pembiayaan yuran, sara hidup dan lain-lain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Bantuan Kewangan

“Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad. Dana Inspirasi Malaysia YaPEIM Inspirasiku adalah merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Objektif Inspirasiku adalah Membantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.” (Sumber: Laman web YAPIEM)

Bantuan Kewangan

Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu membiayai keperluan dalam pengajian. Bantuan ini boleh dimohon sebagai bantuan awal pengajian selepas mendaftar sebagai pelajar di IPTA dan IPTS.