FOOD INSTITUTE of MALAYSIA (FIM)

Warga FIM yang terdiri daripada pihak pengurusan, tenaga pengajar, staf pentadbiran dan staf sokongan sentiasa komited dalam usaha mendidik serta melatih pelajar bagi melahirkan golongan profesional dalam bidang yang mereka ceburi.
Kesemua tenaga pengajar cukup berdedikasi dengan mengaplikasikan pelbagai teknologi terkini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan persekitaran pekerjaan yang kondusif. Pendidikan berkualiti yang diberikan dilaksana dengan cara yang mesra sementara latihan dijalankan secara ‘hands-on’ serta disokong oleh bahan pengajaran yang lengkap dan terperinci.
Aspirasi FIM adalah untuk menjadi sebuah institut pengajian dalam bidang hospitaliti yang terhebat. Demi mencapai aspirasi tersebut, FIM akan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan dengan meletakkan tanda aras terhadap pesaing sama ada di dalam atau di luar negara.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

KURSUS DIPLOMA

FIM menawarkan persekitaran yang kondusif dan program hospitaliti yang komprehensif yang tidak hanya mendedahkan pelajar kepada teori, tetapi menekankan “pendekatan langsung” untuk meningkatkan peluang pelajar kita untuk bekerja setelah tamat pengajian.

maklumat lanjut

KURSUS-KURSUS LAIN

FIM menawarkan program Sijil Kehadiran dalam kemahiran memasak masakan Melayu, masakan Barat, Pastri & Bakeri serta penyeliaan perkhidmatan makanan. Berteraskan “Serve up the Right Recipe”, kaedah metodologi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan memeberi penekanan kepada konsep “hands-on” dan kursus dibimbing sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam industri hospitaliti.

maklumat lanjut

You cannot copy content of this page