Kemasukan Pelajar
FALSAFAH FOOD INSTITUTE of MALAYSIA (FIM)
Warga FIM yang terdiri daripada pihak pengurusan, tenaga pengajar, staf pentadbiran dan staf sokongan sentiasa komited dalam usaha mendidik serta melatih pelajar bagi melahirkan golongan profesional dalam bidang yang mereka ceburi.
Kesemua tenaga pengajar cukup berdedikasi dengan mengaplikasikan pelbagai teknologi terkini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan persekitaran pekerjaan yang kondusif. Pendidikan berkualiti yang diberikan dilaksana dengan cara yang mesra sementara latihan dijalankan secara ‘hands-on’ serta disokong oleh bahan pengajaran yang lengkap dan terperinci.
Aspirasi FIM adalah untuk menjadi sebuah institut pengajian dalam bidang hospitaliti yang terhebat. Demi mencapai aspirasi tersebut, FIM akan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan dengan meletakkan tanda aras terhadap pesaing sama ada di dalam atau di luar negara.
SESI PENGAJIAN DI FOOD INSTITUTE of MALAYSIA
- JANUARI
- APRIL
- OGOS
SYARAT KEMASUKAN
PROGRAM DIPLOMA
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
- Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran serta melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran serta melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
KURSUS JANGKA PENDEK (SIJIL KEHADIRAN)
- Lulus Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
- Berusia 17 tahun ke atas
SESI PENGAJIAN : (JANUARI, APRIL, OGOS)
BORANG PERMOHONAN (BAHASA INGGERIS)
BORANG PERMOHONAN (BAHASA MALAYSIA)