SUKAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM
Berfungsi sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum kepada pelajar, Kejohanan Sukan Tahunan FIM dianjurkan setiap tahun bertempat di sekitar kawasan Kelana Jaya, Selangor. Tujuh jenis sukan telah dipertandingkan iaitu bola sepak, futsal, bowling, sepak takraw, bola jaring, badminton dan catur.
Matlamat penganjuran sukan tahunan ini adalah untuk menyemai semangat kesukanan serta memupuk silaturrahim dalam kalangan pelajar serta kakitangan FIM. Di samping itu, kejohanan ini juga menjadi salah satu aktiviti riadah malah mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan di kalangan pelajar FIM.
Selain itu, untuk aktiviti riadah harian FIM turut menyediakan fasiliti sukan kepada para pelajar. Antara fasiliti sukan yang disediakan seperti gelanggang futsal, badminton, tenis, bola jaring dan beberapa sukan lagi. Selain itu, bagi pelajar yang berminat dengan sukan berbentuk indoor, antara fasiliti sukan yang disediakan ialah papan catur / carom serta meja ping pong.
PENGANGKUTAN
FIM menyediakan pengangkutan percuma kepada pelajar yang tinggal di kediaman percuma yang jauh dari FIM untuk menghadiri kelas masing-masing. Pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini hendaklah berkumpul ditempat menunggu yang ditetapkan.
KAFETERIA
‘KAFE KOPIE EKSPRESS’
FIM menyediakan perkhidmatan kafeteria sendiri yang dikenali sebagai ‘Kopie Ekspress’.
Di sini, pelbagai produk jualan untuk pelajar dan kakitangan FIM turut disediakan. Antara produk yang dijual ialah seperti pizza, kek, roti, nasi lemak, kuih-muih, minuman dan banyak lagi. Produk-produk ini dihasilkan oleh krew FIM yang ditugaskan untuk mengendalikan kafeteria tersebut. Penghasilan produk daripada pelajar melalui produk kelas Komersial Pastri & Bakeri turut dijual di sini.
Selain itu, harga jualan produk-produk ini juga amat berpatutan dan sesuai dibeli oleh para pelajar FIM. Dengan adanya kafeteria ini, pihak FIM secara tidak langsung dapat membantu para pelajar dalam menjimatkan kos perbelanjaan serta memudahkan mereka untuk mendapatkan makanan.
- Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat)
RESTORAN
Restoran ini disediakan sebagai restoran latihan bagi melatih pelajar dalam mengendalikan operasi restoran sama ada di bahagian dapur mahupun di bahagian jualan. Dibuka kepada orang ramai pada waktu makan tengah hari dan malam semasa kelas komersial beroperasi. Pelbagai jenis makanan disediakan dalam konsep Set Menu dan Bufet.
Restoran ini juga akan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar dengan berkonsepkan ‘hands-on’ untuk pengoperasian restoran. Para pelajar akan mengendalikan perniagaan / pengurusan restoran secara berkumpulan dan setiap pelajar akan dilantik menjadi ‘Chef of The Day’ (COD) dan ‘Manager of the Day’ (MOD) secara bergilir-gilir. Para pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir dan profesional. Pelajar turut diberi tanggungjawab dalam mencari pelanggan (membuat pemasaran), membangunkan produk untuk dijual serta mengira kos makanan dan minuman bagi memastikan operasi restoran dapat berjalan dengan lancar. Dengan kaedah ini, setiap pelajar akan berpeluang untuk menguruskan dan menjalankan operasi restoran secara ‘hands-on’.
KEMUDAHAN BERDEKATAN
PENGANGKUTAN
RESTORAN DAN KEDAI
TAMAN REKREASI
KAUNSELOR
FIM menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar. Perkhidmatan ini penting dalam memahami dan menyelesaikan masalah pelajar terutamanya kepada pelajar yang mungkin mengalami tekanan perasaan, masalah peribadi, kemurungan atau kemerosotan prestasi dalam akademik.
Perkhidmatan yang disediakan:
- Sesi kaunseling secara individu dan berkelompok.
- Persediaan ke alam pekerjaan (resume, temuduga dan grooming)
- Ceramah kaunseling seperti motivasi, kepimpinan, teknik pembelajaran, kemahiran bekerja, bengkel resume dan kemahiran sosial.
- Menyediakan Ujian Psikologi.
- Program persiapan bagi pelajar yang bakal bergraduasi.
- Terapi lukisan dan muzik.