BAGI pelajar lepasan SPM yang masih buntu memilih hala tuju selepas tamat sekolah, bidang makanan, hospitaliti dan pelancongan kini menjadi antara pilihan paling mendapat perhatian ramai kerana peluang kerjayanya yang luas dan sentiasa diperlukan oleh rata-rata industri.
Malah, ramai anak muda kini mula memilih bidang kemahiran berbanding pengajian biasa kerana lebih mudah mendapat pengalaman industri sebenar selain berpotensi membina kerjaya sendiri pada usia muda.
Seiring perkembangan industri tersebut, Food Institute of Malaysia (FIM) kini membuka peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian dalam pelbagai program diploma menarik termasuk Diploma Seni Kulinari, Diploma Pastri dan Bakeri, Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Pengurusan Pelancongan
Lebih meyakinkan, semua program yang ditawarkan telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menerima akreditasi penuh daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Apa yang paling menarik perhatian ramai ialah FIM turut menawarkan penginapan percuma sepanjang pengajian di FIM, sekaligus membantu pelajar yang datang dari luar kawasan untuk memulakan pengajian dengan lebih selesa.
Bidang kulinari dan hospitaliti kini bukan lagi sekadar minat, tetapi telah berkembang menjadi industri besar yang menawarkan peluang pekerjaan di hotel, restoran, kapal persiaran, syarikat pelancongan malah membuka peluang untuk memulakan bisnes sendiri.
Program seperti Diploma Pastri dan Bakeri misalnya semakin mendapat perhatian generasi muda yang mahu menjadikannya sebagai kerjaya profesional, manakala Diploma Pengurusan Perhotelan dan Diploma Pengurusan Pelancongan pula membuka peluang luas dalam industri pelancongan yang semakin berkembang.
Dengan latihan praktikal, pembelajaran berasaskan industri dan sijil yang diiktiraf, FIM dilihat sebagai antara institusi yang memberi peluang kepada pelajar untuk membina masa depan lebih awal dalam bidang yang sedang berkembang pesat ketika ini.
Pengambilan kini telah dibuka dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui platform rasmi Food Institute of Malaysia (FIM).
