Kemasukan Pelajar
FALSAFAH FOOD INSTITUTE of MALAYSIA (FIM)
Warga FIM yang terdiri daripada pihak pengurusan, tenaga pengajar, staf pentadbiran dan staf sokongan sentiasa komited dalam usaha mendidik serta melatih pelajar bagi melahirkan golongan profesional dalam bidang yang mereka ceburi.
Kesemua tenaga pengajar cukup berdedikasi dengan mengaplikasikan pelbagai teknologi terkini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan persekitaran pekerjaan yang kondusif. Pendidikan berkualiti yang diberikan dilaksana dengan cara yang mesra sementara latihan dijalankan secara ‘hands-on’ serta disokong oleh bahan pengajaran yang lengkap dan terperinci.
Aspirasi FIM adalah untuk menjadi sebuah institut pengajian dalam bidang hospitaliti yang terhebat. Demi mencapai aspirasi tersebut, FIM akan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan dengan meletakkan tanda aras terhadap pesaing sama ada di dalam atau di luar negara.
SESI PENGAJIAN DI FOOD INSTITUTE of MALAYSIA
- JANUARI
- APRIL
- OGOS
SYARAT KEMASUKAN
PROGRAM DIPLOMA
i. Lulus SPM/SPMV/O-LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran; atau
ii. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran; atau
iii. Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan serta melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
iv. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan serta melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau
v. Lulus sijil (tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0; atau
vi. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; atau
vii. Lulus STAM (pangkat maqbul); atau
viii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
PROGRAM DIPLOMA / SETARA DENGAN PROGRAM SARJANA MUDA BAGI PELAJAR ANTARABANGSA
- Klik di sini untuk maklumat lanjut
KURSUS JANGKA PENDEK (SIJIL KEHADIRAN)
- Lulus Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
- Berusia 17 tahun ke atas
SESI PENGAJIAN : (JANUARI, APRIL, OGOS)
BORANG PERMOHONAN (BAHASA INGGERIS) ![]()
BORANG PERMOHONAN (BAHASA MALAYSIA) ![]()
